Nak sembur racun tak boleh...kelulut memang paling tak suka bahan kimia dan spray. Nak bubuh kapur ajaib takut juga, sudah tentu ada bahan-bahan kimia yang menjadikannya berkesan untuk menjauhkan semut. Kita pun tak mau makan madu dan beebread yang ada kesan-kesan bahan kimia. Kadang-kadang dah letak minyak hitam berkali-kali pun tak berkesan juga.
Jadi, ini adalah salah satu kaedah yang kami ingin berkongsi dan mungkin anda ingin mencubanya juga. Jika anda ada tanaman atau ternakan lain dan mengalami masalah yang sama turut boleh diamalkan. Malah jika ada jin yang mengganggu dalam rumah anda (manalah tau kan) maka boleh juga guna kaedah ini. Kaedah ini berdasarkan kepada perjanjian Nabi Sulaiman a.s. yang menguasai makhluk jin dan semua jenis binatang.
Askar-askar semut telah berkomunikasi dengan Nabi Sulaiman a.s. Gambar oleh Fauziah Shariff |
Caranya seperti berikut:
Pergi ke tempat ternakan kelulut dan ucapkan kata-kata berikut dengan suara yang boleh didengar.
"Assalamu'alaikum
Wahai semut, cicak, kumbang, labah-labah, lalat, ular dan sebagainya (sebut dengan spesifik)...
Ingatlah perjanjianmu dengan Nabi Sulaiman a.s....
Pergi engkau dari sini dan jangan ganggu kelulut-kelulutku dan jangan bersarang dan bertandang di sini.
Jika engkau tidak mahu pergi, maka aku akan panggil
Nabi Sulaiman a.s. ke sini."
Kemudian baca Surah Saad ayat-ayat 35 (untuk gangguan jin baca hingga ayat 39)
Amalkan kaedah ini setiap hari, dengan izin dan kuasa Allah, akan selesai atau paling tidak berkuranglah masalah perosak dan pemangsa di kebun-kebun kita nanti. Inn syaa Allah.
Ada juga terjumpa cengkerik dan kala jengking di kebun kami. |
Tebuan tanah yang mempunyai sengatan maut. Gambar oleh Fauziah Shariff |
Minyak bunga cengkih juga amat, amat berkesan
dengan izinNya untuk menangani serangan semut.