Saturday, October 17, 2015

Menangani Masalah Perosak dan Pemangsa Dengan Ayat Quran

Penternak-penternak kelulut seperti kami sudah pastinya akan menghadapi masalah dengan pemangsa dan perosak seperti semut, cicak, kumbang dan sebagainya. Jika anda seperti kami, kami rasa berat hati untuk membunuh semut dan cuba mengelak dari membinasakan mereka. Tetapi apabila mereka datang satu koloni dan bersarang di dalam haif kelulut...aduhh...parah. Jika koloni kuat, mungkin kelulut boleh "counter attack" tetapi jika koloni lemah, mereka akan terus tinggalkan sarang dalam satu hari sahaja.

Nak sembur racun tak boleh...kelulut memang paling tak suka bahan kimia dan spray. Nak bubuh kapur ajaib takut juga, sudah tentu ada bahan-bahan kimia yang menjadikannya berkesan untuk menjauhkan semut. Kita pun tak mau makan madu dan beebread yang ada kesan-kesan bahan kimia. Kadang-kadang dah letak minyak hitam berkali-kali pun tak berkesan juga.

Jadi, ini adalah salah satu kaedah yang kami ingin berkongsi dan mungkin anda ingin mencubanya juga. Jika anda ada tanaman atau ternakan lain dan mengalami masalah yang sama turut boleh diamalkan. Malah jika ada jin yang mengganggu dalam rumah anda (manalah tau kan) maka boleh juga guna kaedah ini. Kaedah ini berdasarkan kepada perjanjian Nabi Sulaiman a.s. yang menguasai makhluk jin dan semua jenis binatang.

Askar-askar semut telah berkomunikasi dengan Nabi Sulaiman a.s.
Gambar oleh Fauziah Shariff
Tetapi, apabila menggunapakai ayat-ayat Al-Quran seperti juga untuk tujuan lain, hati kita kenalah yakin, yakin pada kuasa Allah swt dan yakin yang Ia akan mendengar dua'a-dua'a kita dan membantu kita dengan cara yang tidak perlu menganiayai atau membunuh makhlukNya.
Caranya seperti berikut:

Pergi ke tempat ternakan kelulut dan ucapkan kata-kata berikut dengan suara yang boleh didengar.

"Assalamu'alaikum
Wahai semut, cicak, kumbang, labah-labah, lalat, ular dan sebagainya (sebut dengan spesifik)...
Ingatlah perjanjianmu dengan Nabi Sulaiman a.s....
Pergi engkau dari sini dan jangan ganggu kelulut-kelulutku dan jangan bersarang dan bertandang di sini.

Jika engkau tidak mahu pergi, maka aku akan panggil
Nabi Sulaiman a.s. ke sini."

Kemudian baca Surah Saad ayat-ayat 35 (untuk gangguan jin baca hingga ayat 39)



Amalkan kaedah ini setiap hari, dengan izin dan kuasa Allah, akan selesai atau paling tidak berkuranglah masalah perosak dan pemangsa di kebun-kebun kita nanti. Inn syaa Allah.  


Kami amat berterima kasih kepada Tuan Tasbi Amit dari Brunei Darussalam kerana berkongsi tip yang amat berkesan untuk menangkap cicak pada log kelulut. Baru sebulan kami guna kaedah ini populasi cicak sudah pun berkurang. 



Ada juga terjumpa cengkerik dan kala jengking di kebun kami. 


Tebuan tanah yang mempunyai sengatan maut.
Gambar oleh Fauziah Shariff

Minyak bunga cengkih juga amat, amat berkesan
dengan izinNya untuk menangani serangan semut.

2 comments:

  1. boleh juga digunakan selawat yang dipang salawat Nabi Sulaiman; " Salamun a'ala Sulaiman fill a'alamin...

    ReplyDelete
  2. Casino Slot machines for real money - CasinoTopBonusDos
    A guide 토토 배당 to slot w88 mobile machines, casinos, and bonuses, including free spins, deposit 벳 익스플로 어 bonuses, 포커 족보 withdrawal methods, and more. bet

    ReplyDelete